Jenis Permohonan | Kod Alasan | Contoh |
Saya tidak menerima item saya | Bungkusan tidak dihantar | Pengguna langsung tidak menerima bungkusan Berapa lama masa akan diambil untuk saya menerima pesanan saya? |
Hilang sebahagian pesanan | Pengguna menerima bungkusan tetapi menghadapi isu seperti berikut: · Tidak menerima semua item yang dipesan (contohnya: pesan 2 item tetapi hanya terima 1) · Beberapa komponen atau aksesori tiada · Item dalam tawaran tambahan/hadiah percuma tidak diterima | |
Bungkusan kosong | Pengguna menerima bvungkusan, tetapi kotak/bungkusan kosong atau hanya mengandungi barang bernilai rendah (contoh: batu, surat khabar). | |
Saya telah menerima semua barang tetapi terdapat masalah | Penjual menghantar item yang salah (cth salah saiz, produk dll) | Item diterima dalam keadaan seperti berikut: · Produk yang diterima adalah berbeza sepenuhnya · Model/variasi berbeza daripada apa yang dipesan · Saiz berbeza daripada yang dinyatakan dalam carta saiz |
Bungkusan luar rosak | Barang diterima dalam keadaan baik, tetapi bungkusan luar rosak. | |
Calar/kemek | Barang mengalami kecacatan kecil seperti calar atau kemek, tetapi masih berfungsi seperti sepatutnya. | |
Cecair/isi tumpah | Barang mengalami kebocoran cecair/isi, menyebabkan pembungkusan basah/kotor atau barang tidak sesuai digunakan. | |
Barang pecah | Barang yang diterima pecah kepada beberapa bahagian dan tidak boleh digunakan lagi. | |
Jenis kerosakan lain | Barang mengalami kerosakan selain daripada calar/kemek, bungkusan luar rosak, pecah, atau tumpahan cecair. | |
Item tidak berfungsi | Barang yang diterima tidak berfungsi atau gagal beroperasi seperti sepatutnya. | |
Produk tiruan | Iklan menyatakan jenama mewah, tetapi barang diterima mempunyai tanda-tanda pemalsuan (contoh: kualiti kerja yang buruk, label jenama tiada). | |
Produk sudah tamat tempoh | Barang menunjukkan tanda-tanda kerosakan (contoh: berkulat) atau mempunyai label tamat tempoh. | |
Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka | Pengguna belum membuka bungkusan dan ingin memulangkan barang dalam keadaan asal. Sila rujuk Terma & Syarat untuk maklumat lanjut. |
Untuk kod sebab bahagian pesanan hilang, anda boleh pilih sebab Pulangan/Bayaran Balik dan pilih penyelesaian anda berdasarkan keadaan barang yang anda terima:
Langkah 5: Klik butang Sah
Langkah 6: Terangkan permohonan anda dan sertakan bukti gambar untuk menyokong sebab untuk pulangan/bayaran balik (anda boleh sertakan 1-3 gambar). Berikut beberapa contoh.
Langkah 7: Tekan butang Hantar
Berikut adalah tutorial tentang bagaimana untuk memohon Pulangan/ Bayaran Balik:
Pilih kuantiti item untuk Pulangan/Bayaran Balik
Anda boleh pilih kuantiti item anda untuk pulangan/bayaran balik. Anda boleh pilih semua item ataupun kuantiti separa yang anda ingin Pulangkan atau dapatkan Bayaran Balik. Hal ini boleh ditawarkan untuk pesanan biasa, tawaran kumpulan, pembelian hadiah dan tawaran tambahan.
Berikut adalah cara untuk menyusul kes anda:
Selepas anda berjaya meminta Pulangan/Bayaran Balik, ia akan mengambil tempoh masa 2 hari bekerja bagi pasukan Shopee untuk membuat keputusan tentang permohonan anda. Anda boleh menyemak maklumat tentang kes anda melalui butang Bincang.
Butang Bincang juga membolehkan anda untuk mengemas kini dokumen sokongan tambahan (gambar) untuk membantu kes anda dengan lebih lanjut.
Anda dinasihati untuk memerhatikan kes tersebut untuk bertindak balas tepat pada masanya sekiranya Ejen Shopee memerlukan bukti tambahan daripada pihak anda. Sila merujuk artikel kami Apakah bukti sokongan efektif yang perlu dihantar untuk permintaan pulangan/bayaran balik (return/refund)?.
⚠️ Nota: